Thursday, October 16, 2014

SUPLIMEN YANG TIDAK SESUAI DENGAN ANDA


Pilih untuk mengamalkan suplimen memang sangat bagus demi mengoptimumkan kesihatan serta tambah semula nutrien yang kurang pada tubuh badan, tetapi ada sesetengah induvidu yang TIDAK SESUAI atau TIDAK BOLEH mengambil vitamin atau suplimen ikut kesukaan.

Jika anda ingin mengamalkan suplimen atau vitamin anda perlu tahu latar belakang kesihatan yang mungkin anda ada penyakit tertentu yang tidak sesuai bagi anda untuk mengamalkan suplimen. Ini juga memudahkan kami untuk mencadangkan vitamin atau suplimen yang sesuai untuk anda ambil serta mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai dengan anda. Anda juga perlu memberitahu sejarah latar belakang penyakit yang sangat membantu bagi pihak kami untuk mengesyorkan suplimen yang sesuai.

Suplimen Shaklee memang dikatakan SELAMAT dan BERKESAN serta SEMULAJADI, tetapi anda juga perlu tahu ada sesetengah suplimen yang tidak sesuai untuk diambil ini kerana ia mungkin akan memudharatkan kesihatan anda.

Berikut adalah jenis-jenis penyakit yang perlu berjaga-jaga dan MESTI TAHU jika anda ingin mengamalkan suplimen dengan berkesan sert tidak bawa kepada kemudharatan pada kesihatan anda dan ketahui apa kaitannya suplimen dengan penyakit-penyakit seperti:

SLE, G6PD, Talasemia, Hipotiroid dan Hipertiroid

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.) 


– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan suplimen Alfalfa, Herb Lax dan juga Vita Lea. Dalam Vita Lea dan Herb Lax juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.


Untuk maklumat lanjut tentang SLE boleh rujuk link dibawah ini:


G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan.

– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil suplimen Alfalfa, Lecithin & ESP (Lecithin dan ESP mempunyai sumber soya). Anda boleh menggantikan Alfalfa, Lecithin dan ESP dengan supplemen yang lain untuk alternatif kepada milk booster.

Klik sini untuk maklumat tentang G6PD: 
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kekurangan-enzim-g6pd


TALASEMIA adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Penyakit ini merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.

– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit talasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.


Maklumat lanjut Talasemia: 


HIPERTIROID atau Hipertiroidisma ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.

– Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi suplimen yang tidak boleh diambil ialah Vita Lea kerana di dalam Vita Lea ada kandungan IODINE dan juga suplimen Alfalfa.

HIPOTIROID atau Hipotiroidisma - Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

– Pesakit Hipotiroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon tiroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

Dapatkan maklumat berkaitan Hipotiriod dan Hipertiriod:
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/285/wanita-dan-penyakit-tiroid

1 comment: