Thursday, October 9, 2014

Ibu Selepas Bersalin

Berpantang selepas bersalin, kalu mengikut lain bangsa berlainan cara pemakanannya. Saya dibesarkan dalam kalangan masyarakat Cina jadi ada juga perbezaan mengikut keturunan masing-masing, zaman dulu bila nak tahu ada keluarga yang baru dapat bayi baru tandanya ialah akan tercium bau masakan berasaskan halia dan minyak bijan (lenga) atau nama saintifik Sesamun

Kebiasaan mereka masak tidak akan guna minyak masak, semua apa yang dimasak adalah asaskan minyak bijan. Apa yang saya dapat daripada ibu saya sendiri kebaikan halia ialah untuk mengelakkan ibu badan berangin dan bijan berfungsi sebagai menambahkan susu badan serta sentiasa memberi badan ibu dalam keadaan panas dan tidak kesejukkan yang akan menyebabkan badan mereka lemah. Mereka yang bersalin ini juga akan mandi dengan akar kayu, kebiasaan saya tengok dulu ialah nenek saya masak ranting cengkih dan daun cengkih dijadikan air mandian untuk ahli keluarga yang lepas salin. Katanya kalau mandi air biasa nanti bila dah tua badan selalu akan sakit-sakit dan lenguh di bahagian sendi, jadi mandi dengan air reneh ranting dan daun cengkih ini elok untuk membantu kurangkan risiko badan berangin. Ibu bersalin sentiasa akan minum air yang suam atau panas dan tidak dibenarkan air sejuk atau yang berais, menurut orang tua-tua nanti rahim akan bermasalah masa akan datang. Itu sebahagian yang saya ingat, sebab beza saya dengan adik jarak 5 tahun jadi sempat lah tengok mak berpantang di rumah masa umur 5 tahun.........

Masakan yang dimakan oleh mak untuk waktu mak berpantang selepas melahirkan adik, saya lah tukang perhabiskan baki-baki makanan sebab wangi dan sedap. (biasalah kadang-kadang orang dalam tempoh berpantang ni hari-hari menu yang sama mestilah ada masa jadi kurang selera dan mungkin sebab masih letih dan tenaga belum pulih dengan sempurna).......Tengah malam pula kena bangun jaga anak yang baru lahir tu minum susu badan......orang zaman dulu pula bukannya boleh duduk saja lepas salin kena juga buat kerja rumah, basuh lampin.....(letih juga tu)

Apa pun demi kesihatan dan kekal bertenaga selepas salin, ibu-ibu memang kena jaga soal pemakanan. Pemakanan merupakan aspek yang amat penting selepas bersalin. Ini kerana tempoh kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Ditambah dengan keadaan sewaktu melahirkan anak, tenaga dikerah dengan sekuatnya, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Selain daripada itu, adalah untuk memastikan ibu bersalin ini mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan, pada masa yang sama untuk mengelakkan makanan yang boleh memberi mudarat contohnya makanan berunsur sejuk yang boleh menimbulkan kesan angin dalam badan, atau makanan yang berunsur gatal atau tajam. Makanan yang kaya dengan protein adalah sangat diperlukan seperti daging, sesetengah jenis ikan seperti ikan haruan antara pilihan terbaik untuk penyembuhan luka dan ayam (jenis ayam kebiasaan bergantung pada amalan keluarga itu sendiri).

Ibu-ibu dalam tempoh ini, juga kena mengelakkan daripada minum air bergas, berkafien dan minuman berais, kekal dengan minuman yang suam dengan sukatan yang bersesuaian.

Bila mula saja tempoh berpantang, ramai ibu-ibu mesti mulalah teringin makan ini makan itu. Mesti terlintas dalam fikiran macam semua tak boleh makan atau tak boleh minum kan? Bukan semua tidak boleh makan pun, cuma kena ada pengawalan pemakanan supaya diet yang lebih sihat sahaja.

Berpantang dalam tempoh selepas salin adalah lebih kepada pengamalan diet sihat bukan hanya sekadar untuk badan si ibu sahaja malah ia juga berkait rapat dapat dengan susu badan yang akan diberikan kepada si kecil. Amalan diet yang sihat dan seimbang amat diperlukan pada tempoh begini supaya nutrien yang ada pada susu badan untuk diberikan kepada si kecil lebih sihat dan berkhasiat buat si kecil apabila menyusu dan juga membantu si kecil elak daripada sebarang alahan yang mungkin disebabkan pemakanan ibu itu sendiri kemudian disalurkan ke dalam susu badan. Sekiranya didapati sebarang tanda-tanda yang abnormal pada si kecil sila cepat rujuk kepada doktor untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan ke atas si kecil anda.

Sebagai tambahan ibu-ibu juga boleh memilih makanan tambahan seperti suplimen yang berkualiti tinggi, selamat dan semulajadi untuk mempertingkatkan nutrien untuk diri-sendiri serta hasil susu badan yang akan diberikan kepada si kecil.

Klik "sini" untuk set berpantang Shaklee.......
















No comments:

Post a Comment