Saturday, October 25, 2014

VITAMIN D

BAGAIMANA, MACAM MANA, DI MANA kita hendak dapatkan Vitamin D


Vitamin D atau Kalsiferol (calciferol) bukan sekadar bermanfaat untuk kekuatan tulang, ia juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, kencing manis, multiple sclerosis* (penyakit yang kronik, penyakit progresif biasanya melibatkan kerosakan kepada sel-sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang, yang gejalanya mungkin termasuk kebas, gangguan ucapan dan koordinasi otot, penglihatan kabur, dan keletihan yang teruk) serta penurunan daya ingatan.


Menurut WHO, keperluan harian Vitamin D untuk tubuh kita adalah 400IU. Namun berdasarkan hasil penyelidikan terbaru dari Albert Einstein College of Medicine di New York City, AS keperluan vitamin D harian adalah 1700IU demi menjaga kesihatan tubuh.

Untuk ibu yang mengandung Vitamin D amat diperlukan kerana ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.

Sumber Vitamin D yang paling mudah diperolehi adalah daripada sinaran matahari. Antara cara yang paling mudah ialah dedahkan muka, tangan, lengan bawah cahaya matahari lebih kurang 10-15 minit di antara jam 10 pagi hingga 2 petang, 2 atau 3 kali seminggu pun sudah memadai untuk mendapat Vitamin D. Tetapi ramai daripada kita kebanyakan mempunyai kerjaya, waktu kerja biasanya keluar rumah sebelum terbitnya matahari balik rumah matahari sudah terbernam, mahu atau tidak anda perlukan Vitamin D daripada pemakanan harian anda.

Antara jenis-jenis makanan yang anda boleh peroleh Vitamin D adalah seperti berikut:

        1) Keju, mentega dan marjerin.
        2) Susu.
        3) Ikan seperti ikan salmon.
        4) Bijirin.
        5) Kuning telur.

Senarai jenis-jenis makanan di atas mungkin ada tidak suka dan tiada langsung dalam senarai pemakanan harian.

Ini antara salah satu alternatif untuk mendapatkan Vitamin D adalah mengamalkan suplimen Ostematrix Shaklee kerana ia bukan sekadar kalsium malah ia mempunyai kandungan seperti:
            
            a) Kalsium 1000mg
            b) Magnesium 400mg
            c) Vitamin D 400IU
            d) Boron
            e) Mineral
   




No comments:

Post a Comment