Saturday, October 25, 2014

VITAMIN D

BAGAIMANA, MACAM MANA, DI MANA kita hendak dapatkan Vitamin D


Vitamin D atau Kalsiferol (calciferol) bukan sekadar bermanfaat untuk kekuatan tulang, ia juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, kencing manis, multiple sclerosis* (penyakit yang kronik, penyakit progresif biasanya melibatkan kerosakan kepada sel-sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang, yang gejalanya mungkin termasuk kebas, gangguan ucapan dan koordinasi otot, penglihatan kabur, dan keletihan yang teruk) serta penurunan daya ingatan.


Menurut WHO, keperluan harian Vitamin D untuk tubuh kita adalah 400IU. Namun berdasarkan hasil penyelidikan terbaru dari Albert Einstein College of Medicine di New York City, AS keperluan vitamin D harian adalah 1700IU demi menjaga kesihatan tubuh.

Untuk ibu yang mengandung Vitamin D amat diperlukan kerana ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.

Sumber Vitamin D yang paling mudah diperolehi adalah daripada sinaran matahari. Antara cara yang paling mudah ialah dedahkan muka, tangan, lengan bawah cahaya matahari lebih kurang 10-15 minit di antara jam 10 pagi hingga 2 petang, 2 atau 3 kali seminggu pun sudah memadai untuk mendapat Vitamin D. Tetapi ramai daripada kita kebanyakan mempunyai kerjaya, waktu kerja biasanya keluar rumah sebelum terbitnya matahari balik rumah matahari sudah terbernam, mahu atau tidak anda perlukan Vitamin D daripada pemakanan harian anda.

Antara jenis-jenis makanan yang anda boleh peroleh Vitamin D adalah seperti berikut:

        1) Keju, mentega dan marjerin.
        2) Susu.
        3) Ikan seperti ikan salmon.
        4) Bijirin.
        5) Kuning telur.

Senarai jenis-jenis makanan di atas mungkin ada tidak suka dan tiada langsung dalam senarai pemakanan harian.

Ini antara salah satu alternatif untuk mendapatkan Vitamin D adalah mengamalkan suplimen Ostematrix Shaklee kerana ia bukan sekadar kalsium malah ia mempunyai kandungan seperti:
            
            a) Kalsium 1000mg
            b) Magnesium 400mg
            c) Vitamin D 400IU
            d) Boron
            e) Mineral
   




Monday, October 20, 2014

ESP OKT 2014 PROMO SPECIAL DEAL

Promosi ESP Oktober 2014, KEMBALI LAGI


Beli 6 canister ESP dapat 1 canister ESP percuma bernilai RM150.00..... (beli 6 dapat lah 7, berbaloi sangat tu)

Selain beli 6 dapat 7, anda juga boleh dapat*:



*KEAHLIAN PERCUMA tanpa sebarang bayaran pendaftaran. (Jimat RM75 lagi)

*ENJOY harga ahli SERTA-MERTA.....lagi jimat dari membeli dengan harga runcit (ESP akan jadi lagi special harga untuk ahli Shaklee).

*CASH REBATE pada bulan November 2014.

Hubungi saya segera untuk tempahan:

Syafiq Liow
Shaklee ID: 1124275


Maklumat lanjut tentang ESP.......klik "sini"








Thursday, October 16, 2014

SUPLIMEN YANG TIDAK SESUAI DENGAN ANDA


Pilih untuk mengamalkan suplimen memang sangat bagus demi mengoptimumkan kesihatan serta tambah semula nutrien yang kurang pada tubuh badan, tetapi ada sesetengah induvidu yang TIDAK SESUAI atau TIDAK BOLEH mengambil vitamin atau suplimen ikut kesukaan.

Jika anda ingin mengamalkan suplimen atau vitamin anda perlu tahu latar belakang kesihatan yang mungkin anda ada penyakit tertentu yang tidak sesuai bagi anda untuk mengamalkan suplimen. Ini juga memudahkan kami untuk mencadangkan vitamin atau suplimen yang sesuai untuk anda ambil serta mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai dengan anda. Anda juga perlu memberitahu sejarah latar belakang penyakit yang sangat membantu bagi pihak kami untuk mengesyorkan suplimen yang sesuai.

Suplimen Shaklee memang dikatakan SELAMAT dan BERKESAN serta SEMULAJADI, tetapi anda juga perlu tahu ada sesetengah suplimen yang tidak sesuai untuk diambil ini kerana ia mungkin akan memudharatkan kesihatan anda.

Berikut adalah jenis-jenis penyakit yang perlu berjaga-jaga dan MESTI TAHU jika anda ingin mengamalkan suplimen dengan berkesan sert tidak bawa kepada kemudharatan pada kesihatan anda dan ketahui apa kaitannya suplimen dengan penyakit-penyakit seperti:

SLE, G6PD, Talasemia, Hipotiroid dan Hipertiroid

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.) 


– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan suplimen Alfalfa, Herb Lax dan juga Vita Lea. Dalam Vita Lea dan Herb Lax juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.


Untuk maklumat lanjut tentang SLE boleh rujuk link dibawah ini:


G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan.

– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil suplimen Alfalfa, Lecithin & ESP (Lecithin dan ESP mempunyai sumber soya). Anda boleh menggantikan Alfalfa, Lecithin dan ESP dengan supplemen yang lain untuk alternatif kepada milk booster.

Klik sini untuk maklumat tentang G6PD: 
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kekurangan-enzim-g6pd


TALASEMIA adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Penyakit ini merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.

– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit talasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.


Maklumat lanjut Talasemia: 


HIPERTIROID atau Hipertiroidisma ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.

– Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi suplimen yang tidak boleh diambil ialah Vita Lea kerana di dalam Vita Lea ada kandungan IODINE dan juga suplimen Alfalfa.

HIPOTIROID atau Hipotiroidisma - Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

– Pesakit Hipotiroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon tiroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

Dapatkan maklumat berkaitan Hipotiriod dan Hipertiriod:
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/285/wanita-dan-penyakit-tiroid

Herbal Blend Multipurpose Cream - Shaklee

Herbal Blend Multipurpose Cream:


  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit.
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Krim sapu pelbagai guna yang bebas kimia dan racun......

ღMelembutkan kulit kasar & tumit pecah.

ღMenyelesaikan masalah kulit gatal.

ღPudarkan parut spt campak, chicken pox, gigitan nyamuk.

ღMenghilangkan ruam terutama pada kulit bayi.

ღMelegakan ketidak selesa akibat demam.

ღSebagai losyen kegunaan harian.




Klik "sini" untuk belian online atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya melalui:

Whatsapp/Call/SMS:
0175944911-Syafiq Liow





Thursday, October 9, 2014

Ibu Selepas Bersalin

Berpantang selepas bersalin, kalu mengikut lain bangsa berlainan cara pemakanannya. Saya dibesarkan dalam kalangan masyarakat Cina jadi ada juga perbezaan mengikut keturunan masing-masing, zaman dulu bila nak tahu ada keluarga yang baru dapat bayi baru tandanya ialah akan tercium bau masakan berasaskan halia dan minyak bijan (lenga) atau nama saintifik Sesamun

Kebiasaan mereka masak tidak akan guna minyak masak, semua apa yang dimasak adalah asaskan minyak bijan. Apa yang saya dapat daripada ibu saya sendiri kebaikan halia ialah untuk mengelakkan ibu badan berangin dan bijan berfungsi sebagai menambahkan susu badan serta sentiasa memberi badan ibu dalam keadaan panas dan tidak kesejukkan yang akan menyebabkan badan mereka lemah. Mereka yang bersalin ini juga akan mandi dengan akar kayu, kebiasaan saya tengok dulu ialah nenek saya masak ranting cengkih dan daun cengkih dijadikan air mandian untuk ahli keluarga yang lepas salin. Katanya kalau mandi air biasa nanti bila dah tua badan selalu akan sakit-sakit dan lenguh di bahagian sendi, jadi mandi dengan air reneh ranting dan daun cengkih ini elok untuk membantu kurangkan risiko badan berangin. Ibu bersalin sentiasa akan minum air yang suam atau panas dan tidak dibenarkan air sejuk atau yang berais, menurut orang tua-tua nanti rahim akan bermasalah masa akan datang. Itu sebahagian yang saya ingat, sebab beza saya dengan adik jarak 5 tahun jadi sempat lah tengok mak berpantang di rumah masa umur 5 tahun.........

Masakan yang dimakan oleh mak untuk waktu mak berpantang selepas melahirkan adik, saya lah tukang perhabiskan baki-baki makanan sebab wangi dan sedap. (biasalah kadang-kadang orang dalam tempoh berpantang ni hari-hari menu yang sama mestilah ada masa jadi kurang selera dan mungkin sebab masih letih dan tenaga belum pulih dengan sempurna).......Tengah malam pula kena bangun jaga anak yang baru lahir tu minum susu badan......orang zaman dulu pula bukannya boleh duduk saja lepas salin kena juga buat kerja rumah, basuh lampin.....(letih juga tu)

Apa pun demi kesihatan dan kekal bertenaga selepas salin, ibu-ibu memang kena jaga soal pemakanan. Pemakanan merupakan aspek yang amat penting selepas bersalin. Ini kerana tempoh kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Ditambah dengan keadaan sewaktu melahirkan anak, tenaga dikerah dengan sekuatnya, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Selain daripada itu, adalah untuk memastikan ibu bersalin ini mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan, pada masa yang sama untuk mengelakkan makanan yang boleh memberi mudarat contohnya makanan berunsur sejuk yang boleh menimbulkan kesan angin dalam badan, atau makanan yang berunsur gatal atau tajam. Makanan yang kaya dengan protein adalah sangat diperlukan seperti daging, sesetengah jenis ikan seperti ikan haruan antara pilihan terbaik untuk penyembuhan luka dan ayam (jenis ayam kebiasaan bergantung pada amalan keluarga itu sendiri).

Ibu-ibu dalam tempoh ini, juga kena mengelakkan daripada minum air bergas, berkafien dan minuman berais, kekal dengan minuman yang suam dengan sukatan yang bersesuaian.

Bila mula saja tempoh berpantang, ramai ibu-ibu mesti mulalah teringin makan ini makan itu. Mesti terlintas dalam fikiran macam semua tak boleh makan atau tak boleh minum kan? Bukan semua tidak boleh makan pun, cuma kena ada pengawalan pemakanan supaya diet yang lebih sihat sahaja.

Berpantang dalam tempoh selepas salin adalah lebih kepada pengamalan diet sihat bukan hanya sekadar untuk badan si ibu sahaja malah ia juga berkait rapat dapat dengan susu badan yang akan diberikan kepada si kecil. Amalan diet yang sihat dan seimbang amat diperlukan pada tempoh begini supaya nutrien yang ada pada susu badan untuk diberikan kepada si kecil lebih sihat dan berkhasiat buat si kecil apabila menyusu dan juga membantu si kecil elak daripada sebarang alahan yang mungkin disebabkan pemakanan ibu itu sendiri kemudian disalurkan ke dalam susu badan. Sekiranya didapati sebarang tanda-tanda yang abnormal pada si kecil sila cepat rujuk kepada doktor untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan ke atas si kecil anda.

Sebagai tambahan ibu-ibu juga boleh memilih makanan tambahan seperti suplimen yang berkualiti tinggi, selamat dan semulajadi untuk mempertingkatkan nutrien untuk diri-sendiri serta hasil susu badan yang akan diberikan kepada si kecil.

Klik "sini" untuk set berpantang Shaklee.......
















Friday, October 3, 2014

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO* berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

*Apa itu Non-GMO?
GMO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris "Genetically Modified Organisms".Organisma yang diubahsuai secara genetik yang dihasilkan menggunakan bioteknologi, yang boleh menghasilkan tindakbalas tumbuh-tumbuhan yang biasanya tidak terdapat secara semula jadi.



Apabila Non-GMO bermaksud sesuatu produk tidak berlakunya proses pengubahsuaian genetik organisma.


Apakah risiko jangka masa panjang pengambilan produk GMO dalam tubuh badan? Antara kesan-kesannya adalah:

  • Risiko alahan (allergic) terhadap protein yang telah dimasukkan ke dalam produk GMO:
    • terdapat produk yang telah diubahsuai genetiknya dengan menambah protein kekacang lain ke dalam kacang soya.
    • pengguna yang alah terhadap jenis kekacang tersebut mungkin memberi reaksi alahan yang boleh membawa maut setelah mengambil kacang soya .


  • Peningkatan risiko kanser:
    • terdapat produk tenusu yang dihasilkan daripada lembu tenusu yang telah disuntik dengan growth hormone (Hormon Tumbesaran) untuk menghasilkan lebih banyak susu dari biasa
    • hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia dan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat.
  • Mengurangkan kandungan nutrisi akibat daripada  proses pengubahsuaian genetik.


  • Sistem imunisasi tubuh badan merosot.


Apa Manfaat ESP?


Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah (jikalau diproses pada suhu yang tinggi, suhu panas akan merosakkan protein yang ada dalam soya tersebut). Selain itu, setiap 1kg ESP Shaklee berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah "booster" tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.


Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. 


Satu kepastian di sini menunjukkan bahawa ESP merupakan produk kacang soya terbaik di pasaran. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, jadi ESP juga amat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.



Ia selamat dan amat sesuai diambil sebagai diet harian, ibu hamil, ibu yang menyusu, ibu selepas bersalin, untuk proses menurunkan berat badan, warga emas, selepas pembedahan, pesakit diabetes, pesakit gastrik dan lain-lain.

Apa kebaikan ESP Shaklee? Klik "sini" untuk maklumat selanjutnya.......











Perbezaan Antara Vitamin Semulajadi Dengan Vitamin Sintetik

Anda mengamalkan vitamin? Alhamdulillah satu pilihan yang bijak, kerana pengamalan vitamin untuk mengoptimumkan kesihatan anda, tetapi tahukah anda vitamin dibahagikan 2 jenis iaitu:
  1. Vitamin Sintetik
  2. Vitamin Semulajadi

Persoalannya:
  1. Apakah beza antara 2 jenis vitamin ini?
  2. Apa kandungan yang ada dalam vitamin sintetik dan vitamin semulajadi?


Menurut kajian Dr. Robert J. Thiel, beliau telah membuat perbandingan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Synthetic Vitamins Versus Food Grown Vitamins (Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#). Carta berikut menunjukkan perbezaan antara Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik.

VITAMIN
FOOD NUTRIENT*
‘NATURAL’ VITAMIN ANALOGUE & SOME PROCESS CHEMICALS
Vitamin A/Beta carotene
Carrots
Methanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils
Vitamin B-1
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia
Vitamin B-2
Nutritional yeast, rice bran
Synthetically produced with 2N acetic acid
Vitamin B-3
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid
Vitamin B-5
Nutritional yeast, rice bran
Condensing isobutyraldehyde with formaldehyde
Vitamin B-6
Nutritional yeast, rice bran
Petroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde
Vitamin B-8
Rice
Phytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid
Vitamin B-9
Broccoli, rice bran
Processed with petroleum derivatives and acids; acetylene
Vitamin B-12
Nutritional yeast
Cobalamins reacted with cyanide
Vitamin ‘B-x’
PABA Nutritional yeast
Coal tar oxidized with nitric acid (from ammonia)
Choline
Nutritional yeast, rice bran
Ethylene and ammonia with HCL or tartaric acid
Vitamin C
Acerola cherries, citrus fruits
Hydrogenated sugar processed with acetone
Vitamin D
Nutritional yeast
Irradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted
Vitamin E
Rice, vegetable oils
Trimethylhydroquinone with isophytol; refined oils
Vitamin H
Nutritional yeast, rice bran
Biosynthetically produced
Vitamin K
Cabbage
Coal tar derivative; produced with p-allelic-nickel

  • Most vitamins in supplements are petroleum extracts, coal tar derivatives, and chemically processed sugar (plus sometimes industrially processed fish oils), with other acids and industrial chemicals (such as formaldehyde) used to process them.*
  • Synthetic vitamins were originally developed because they cost less.*
  • Most synthetic, petroleum-derived, supplements will call their products ‘vegetarian not because they are from plants, but because they are not from animals.*
  • Also beware; they will use the words “Food Based” another trick. It means they added a green product to the synthetics such as algae.*




*Terjemahan Teks:
  • Kebanyakan vitamin sintetik diperbuat daripada ekstrak petroleum, tar arang batu, dan gula yang diproses secara kimia (kadang-kadang ditambah dengan minyak ikan yang melalui pemprosesan perindustrian), dengan asid lain dan bahan kimia industri (seperti formaldehid**) digunakan untuk memproses vitamin sintetik.

  • Vitamin sintetik dikembangkan untuk jimat kos

  • Kebanyakan vitamin sintetik, bahan asas petroleum dan makanan tambahan akan melabelkan produk mereka sebagai vegetarian produk, bukan kerana ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi kerana ia tidak diperbuat daripada haiwan.

  • Perlu berhati-hati, mereka akan menggunakan perkataan "Food Based (Berasaskan makanan)" sebagai helah. Ini bermakna mereka menambahkan sedikit produk berasaskan tumbuhan seperti alga dalam vitamin sintetik ini.
**formaldehid (formalin) - merupakan sejenis bahan kimia yang berfungsi  sebagai bahan untuk membasmi bakteria dan juga sebagai bahan pengawet. Kebiasaan juga digunakan untuk mengawet mayat.

Vitamin sintetik boleh digunakan tetapi tidak sesuai untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan yang besar terhadap tubuh kita serta ia hanya boleh diambil pada dos yang telah ditetapkan sahaja. 

Bayangkan kita selalu terdedah pencemaran alam sekitar dan ditambahkan dengan pengambilan vitamin sintetik yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan kimia.....agak-agak macammana dengan keadaan tubuh kita dalam jangka masa panjang?


Demi kesihatan tubuh kita yang lebih optimum untuk diri sendiri dan keluarga tersayang, kenapa kita tidak cuba ubah untuk memilih vitamin semulajadi.

Pilihlah yang terbaik untuk diri dan juga keluarga anda. Walaupun vitamin semulajadi jauh lebih mahal, namun semuanya adalah untuk hasil kajian yang terperinci dan selamat untuk kepuasan dan keselamatan penggunanya.


Fikir-fikirkanlah untuk jangka masa yang lebih panjang......


Klik sini untuk belian online: http://bit.ly/NutrisiShakleeFull

ATAU

Untuk konsultansi boleh melalui maklumat di bawah:

Syafiq Raffiqin Liow
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 1124275
Emel: srliow@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/NutritionStationInfo