Friday, January 16, 2015

Tanda-tanda Anda Mengalami Kekurangan Kalsium

Penting ke kalsium untuk kita?

Hari ingin saya kongsi maklumat berkaitan kalsium. Kalsium merupakan satu jenis mineral yang amat penting untuk tubuh manusia.

Kalsium penting untuk tubuh kita kerana kalsium berfungsi bagi menyeimbangkan tekanan darah, serta membina tulang dan gigi yang kuat serta untuk mengekalkan otot normal tidak terkecuali juga untuk fungsi saraf. Selain daripada itu, tahap kalsium yang mencukupi juga membantu buah pinggang dan usus kita berfungsi dengan baik.

Suka atau tidak, setiap orang adalah perlu untuk mendapatkan kandungan kalsium yang secukupnya daripada makanan dan minuman hariannya atau melalui pengambilan makanan tambahan iaitu suplimen kalsium.

Tubuh manusia tidak akan proses kalsium secara semulajadi manakala untuk perolehi sumber kalsium kita perlu mendapatkannya daripada rutin makanan dan minuman kita. Contohnya seperti:


Sumber Gambar Google: Jenis-jenis makanan yang tinggi kandungan kalsium
-produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt.

-Sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti brokoli dan kale (kategori seperti kobis).

-Ikan bertulang lembut yang boleh dimakan, seperti sardin dan salmon dalam tin.

-Makanan dan minuman yang diperkaya dengan kalsium seperti produk soya, kekacang (almond), bijirin dan jus buah-buahan.


Apabila anda kekurangan kalsium, risiko yang amat tinggi mengidapi penyakit osteoporosis atau penyakit kekurangan kalsium juga digelar sebagai Hypocalcemia (kekurangan kandungan kalsium dalam darah).

Antara tanda berlakunya kalsium mula berkurangan juga melambangkan anda sudah mula ke peringkat proses penuaan. Tulang akan jadi makin rapuh kerana kalsium kebanyakan disimpan dalam tulang manusia kian terhakis disebabkan usia makin meningkat. Pada peringkat ini amat perlu bagi seseorang menambahkan pemakanan yang tinggi dengan kandungan kalsium.

Siapa akan mengalami kekurangan kalsium?

Wanita yang menopaus:
Wanita yang telah mencapai usia pertengahan kebiasaannya akan mengalamai masalah seperti ini, kerana mereka sedang menuju ke arah menopause. Peringkat ini merupakan proses mulanya hormon estrogen merosot dalam tubuh seseorang, jadi kandungan kalsium akan makin merosot dan menyebabkan tulang seseorang wanita menipis dengan kadar yang cepat.

Bayi lahir pra-matang:
Seseorang bayi yang dilahirkan pra-matang oleh seorang ibu yang merupakan pesakit kencing manis. Selain itu, ibu hamil yang mengalami masalah kekurangan oksigen juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat bayi yang baru lahir mengalami hypocalcemia.

Ketidakseimbang hormon paratiriod:
Orang yang mengalami hormon paratiriod yang tidak seimbang dalam darah juga akan mengalami penyakit kekurangan kalsium. Fungsi utama hormon paratiriod adalah untuk mengawal tahap kandungan kalsium dalam tubuh badan.


Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

1. Insomnia-Masalah susah tidur dan menyebabkan tidur yang tidak berkualiti. Tidur boleh membantu memulihkan tenaga dan badan jadi cergas, tetapi jika berlaku tidur yang tidak berkualiti disebaliknya akan menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bermaya selepas bangun dari tidur serta susah nak bangun pagi.

2. Ketidakseimbangan emosi-Emosi tidak terkawal seperti cepat panik, stress, menimbulkan kerisauan yang tidak menentu dan sebagainya.

3. Lemah sistem imun-Mudah diserang penyakit atau jangkitan virus kerana daya ketahanan tubuh badan untuk menentang virus dan bakteria.


4. Kelesuan-Kalsium mempunyai fungsi untuk bertindak dengan vitamin dan mineral lain demi memberi tenaga yang mencukupi untuk tubuh dan minda supaya berfungsi dengan lebih optimum. Jika kekurangan kalsium badan sering mengalami kelesuan sehingga menyebabkan gangguan emosi yang tidak menentu dan fikiran bercelaru.



5. Kerosakan tulang & gigi-Tulang menjadi rapuh iaitu penyakit osteoporosis dan mudah berlaku keretakan jika terjatuh atau terlanggar. Komplikasi daripada osteoporosis termasuk hilang upaya, keretakan tulang belakang dan juga ketidakupayaan untuk berjalan. Manakala gigi juga menjadi rapuh dan mudah reput.


6. Kejangan & kebas-Sering berlaku kekejangan, kebas-kebas (rasa semut-semut/menyucuk) pada anggota badan. Tindakan sistem saraf bertindak dengan kurang efektif.




Bagaimana memilih Kalsium premium?

Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium:
- Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosfurus untuk meninggikan ketumpatan tulang.
- Magnesium menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu.

Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite* untuk mengelakkan keracunan plumbum.
*Dolomite adalah mineral karbonat kontang** terdiri daripada kalsium magnesium karbonat, CaMg (CO3) 2.
**tiada kandungan air atau cecair

Elakkan mineral chelate (kelat mineral) kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.

Nak kalsium yang premium tapi harga yang jimat?
Whatsapp/call/sms: 0175944911 (Syafiq Liow)

APA KALSIUM PREMIUM????? (Klik sini)

Sumber rujukan:
http://www.healthline.com/health/calcium-deficiency-disease#Complications6
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097?pg=2







No comments:

Post a Comment