Tuesday, November 25, 2014

Set Gout Shaklee

Keperitan pesakit gout hanya yang mengalaminya ketahui betapa susahnya bila gout menyerang. Hendak menjalankan ibadat harian terganggu, berdiri dan berjalan pun jadi masalah. Aktiviti harian tergendala. Selain mengamalkan ubat-ubatan untuk menahan kesakitan, ini merupakan satu ikhtiar yang selamat serta semulajadi adalah amalkan suplimen seperti yang dicadangkan khas untuk kondisi anda.

SET CADANGAN UNTUK PESAKIT GOUT

SET GOUT SHAKLEE

1)    OMEGA GUARD:
Untuk membantu mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit gout.

2)    ALFALFA:
Untuk membantu menyingkirkan asid urik dari badan.

3)    PERFORMANCE DRINK:
Memastikan tubuh pesakit sentiasa mempunyai bendalir yang cukup dalam badan untuk proses penyingkiran asid urik.

*Suplimen Tambahan:
4)    ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
Membantu meningkatkan keselesaan sendi.






ATAU

Untuk maklumat lanjut:
Syafiq Raffiqin Liow
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 1124275
Emel: srliow@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/srliow
Page: https://www.facebook.com/NutritionStationInfo


Maklumat tambahan berkaitan Omega Guard klik "sini"

GOUT

Apakah itu Penyakit Gout?


Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini. 

Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana Gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
·         Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
·         Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
·         Minum alkohol berlebihan.
·         Kecederaan kepada sendi.
·         Selepas pembedahan.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Gout
·         Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
·         Sendi menjadi bengkak.
·         Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
·         Demam.

Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
·         Mengurangkan sakit sendi.
·         Mengurangkan kekerapan serangan.
·         Mengelakkan komplikasi penyakit gout.

Rawatannya termasuklah:
1.      Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
2.      Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
3.      Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
*Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.


·         Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
·         Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.


PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT
Pengenalan
·         Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
·         Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
·         Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
·         Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
·         Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
·         Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.
KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Makanan perlu dielak
Makanan diambil secara sederhana
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin

Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak


Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup
Ekstrak daging
Sup daging
Sup sayur
Lain-lain
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.




Suplimen Shaklee yang sesuai untuk pesakit gout klik "SINI"



Kelebihan ESP

ESP mempunyai pelbagai manfaat kepada anda antaranya ialah seperti yang disenaraikan:

Pemberi tenaga segeraMembekalkan tenaga segera serta mengekalkan tenaga dengan jangka masa yang lebih lama 


Pertingkatkan sistem imun:

Meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Kekal Muda (anti penuaan):
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Kulit berseri dan anjal:
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Memulihkan Pigmentasi:
Kulit terlindung daripada berlaku pigmentasi, mengurangkan risiko daripada sunburn apabila di bawah sinaran matahari.

Menguatkan menyihatkan akar rambut:

Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, freckles.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi:
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki:
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. 

Memperbaiki Masalah Wanita:

Ia juga menjaga rahim, ovari dan kitaran haid.

Memperbaiki Memori:
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

"Milk Booster" Untuk Ibu Menyusu:
Susu ibu lebih cepat dihasilkan dan semakin banyak. Susu menjadi lemak berkrim, sangat digemari oleh bayi anda dan mudah kenyang serta kurang meragam.

Membantu Menghilangkan "Stretch Mark" Sewaktu Mengandung:
ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.

Mengurangkan Alahan Ibu Hamil (Morning Sickness).

Membantu Menurunkan Berat Badan.



Meningkatkan Kesuburan.
ESP campur Meal Shakes resipi kegemaran penulis......
ESP info khas untuk anda......?
-ESP boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran, rasanya pun sedap. (kecuali kopi dan teh). JANGAN bancuh guna air panas, ini kerana air panas akan merosakkan khasiat nutrien dalam ESP, terutama khasiat protein tersebut akan dimusnahkan.

-ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt (tanpa perisa) atau berserta 1 softgel Vita E Complex atau Shaklee Collagen Powder.



-ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.

Untuk konsultansi boleh melalui maklumat di bawah:
Syafiq Raffiqin Liow
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 1124275
Emel: srliow@gmail.com

Tuesday, November 18, 2014

Shaklee 2013/2014 Presidental Awards


Watch the success story of the recipients of 2013/2014 Presidential Award. Learn from the best and let's succeed together!

Sharing from:
https://www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia?fref=nf



To watch video click the link below:



Sunday, November 16, 2014

Keistimewaan Get Clean Water

Get Clean Water
Get Clean Water-Blok Penapis Isian Semula Mesra Alam

Get Clean Water
Kebersihan air hanya datang dari satu jag sahaja yang merupakan satu inovasi oleh Shaklee dimana penapis air mesra alam yang mampu menandingi jenama terkemuka yang lain.

-Sistem penapisan air multipaten yang baru.

-Menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

-Sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok karbon (mesra alam-diperbuat daripada arang tempurung kelapa)  yang boleh diisi semula. (Mengurangkan pembuangan botol plastik)

-Berupaya menapis 303 liter (80gelen) air bagi setiap turasan.


Penapis Air Mesra Alam Mampu Tandingi Jenama yang Lain!
  1. Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  2. Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  3. Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  4. Sistem Penuras Jag Air berblok - Karbon Isian Semula yang pertama.

Kelebihan pilih Get Clean Water
  1. Hanya beberapa sen bagi seliter air.
  2. Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak.
  3. Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik.
  4. Ringan dan mudah dibawa.
  5. Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak.

Bukti keberkesanan Get Clean Water:


BEZANYA PENAPIS AIR SHAKLEE:

SELAMAT: “Menyingkirkan plumbum” dan lain-lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain lagi.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penapis tersebut
tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80gelen) daripada setiap turasan yang manadua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan
mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penapis Jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


ATAU

Hubungi Pengedar Sah Shaklee Mesra Anda:
SID: 1124275

Syafiq Raffiqin Liow
Whatsapp/Call/SMS: 0175944911

Sumber Rujukan: Get Clean Booklet 2013




Thursday, November 13, 2014

Adakah Air Minuman Kita Bersih

Air merupakan keperluan harian kita terutama sebagai sumber minuman untuk kehidupan harian kita tetapi setakat mana kita tahu kualiti tentang air yang kita minum itu?

Adakah ia betul-betul bersih? 

Adakah ia bebas daripada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan?

Adakah ia bebas daripada logam berat?

Adakah ia bebas daripada pencemaran industri?

Adakah ia bebas daripada racun perosak?

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya ialah makan minum harian kita, maknanya ini termasuklah sumber air yang kita gunakan sebagai minuman. Air yang disalurkan kepada kita ini lihat secara mata kasar mungkin nampak bersih, tetapi kita tidak tahu setakat mana ia selamat untuk minum.

Sebenarnya bendasing ataupun bahan kimia seperti racun perosak, logam berat, bahan pencemaran industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air minuman yang kita minum setiap hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

Risiko dan kesan minum air tercemar:

-Pencemaran seperti bahan beracun dan berbahaya hasil produk sampingan (Trihalometana, Kloroform dan lain-lain) membawa kepada risiko kepada masalah hati, buah pinggang atau pusat kawal atur saraf.

*Trihalometana merupakan salah satu hasil sampingan daripada proses pengklorinan air di loji rawatan air.

*Kloroform (CHCl3) cecair yang tidak berwarna, bersifat racun, wapnya boleh mengganggu pernafasan, kloroform biasanya digunakan sebagai ubat bius dan pelarut.


-Logam berat seperti Plumbum akan menyebabkan tahap IQ rendah, lembap dalam pembelajaran dan mengganggu tumbesaran ataupun tumbesaran yang tidak sihat.

*Plumbum dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai timah hitam. Ia banyak kegunaaan/aplikasi dalam pembinaan bangunan, pembuatan bateri asid plumbum, peluru, bebola plumbum dan pemberat. Pengumpulannya di dalam tubuh badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam badan.



-Pencemaran pertanian seperti Benzena risikonya ialah menyebabkan masalah kesuburan.



*Benzena digunakan sebagai pelarut. Orang yang yang kerap terdedah kepada Benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut.


-Pencemaran industri seperti Atrazin membawa kepada meningkatnya risiko seperti kanser.

*Atrazin kebiasaannya digunakan sebagai racun rumpai.


Anda sedang mencari penapis air yang:
SELAMAT
JIMAT KOS
MUDAH ALIH
MESRA ALAM
??????


Friday, November 7, 2014

Asid Lemak Omega-3


Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting di mana ia tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Sumber terbaik EPA dan DHA adalah daripada ikan ataupun daripada suplimen berbanding dengan Omega-3 daripada tumbuhan yang sukar ditukarkan kepada EPA dan DHA oleh enzim tubuh badan.

Kalau sekadar pemakanan harian bagaimana kita hendak peroleh asid lemak Omega-3 dengan sempurna? Sebagai ikhtiar anda boleh pilih Omega Guard Shaklee untuk membekalkan asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Klik sini: "Keistimewaan Omega Guard Shaklee"


Apa manfaat Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee?


1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega-3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia.
- Mengurangkan tekanan emosi.
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
- Membantu memperbaiki masalah autism.
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hiperaktif.
- Mengurangkan masalah schizophrenia.
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Link: Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Link: Siapa sesuai mengambil Omega Guard Shaklee?