Friday, October 3, 2014

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO* berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

*Apa itu Non-GMO?
GMO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris "Genetically Modified Organisms".Organisma yang diubahsuai secara genetik yang dihasilkan menggunakan bioteknologi, yang boleh menghasilkan tindakbalas tumbuh-tumbuhan yang biasanya tidak terdapat secara semula jadi.



Apabila Non-GMO bermaksud sesuatu produk tidak berlakunya proses pengubahsuaian genetik organisma.


Apakah risiko jangka masa panjang pengambilan produk GMO dalam tubuh badan? Antara kesan-kesannya adalah:

  • Risiko alahan (allergic) terhadap protein yang telah dimasukkan ke dalam produk GMO:
    • terdapat produk yang telah diubahsuai genetiknya dengan menambah protein kekacang lain ke dalam kacang soya.
    • pengguna yang alah terhadap jenis kekacang tersebut mungkin memberi reaksi alahan yang boleh membawa maut setelah mengambil kacang soya .


  • Peningkatan risiko kanser:
    • terdapat produk tenusu yang dihasilkan daripada lembu tenusu yang telah disuntik dengan growth hormone (Hormon Tumbesaran) untuk menghasilkan lebih banyak susu dari biasa
    • hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia dan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat.
  • Mengurangkan kandungan nutrisi akibat daripada  proses pengubahsuaian genetik.


  • Sistem imunisasi tubuh badan merosot.


Apa Manfaat ESP?


Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah (jikalau diproses pada suhu yang tinggi, suhu panas akan merosakkan protein yang ada dalam soya tersebut). Selain itu, setiap 1kg ESP Shaklee berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah "booster" tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.


Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. 


Satu kepastian di sini menunjukkan bahawa ESP merupakan produk kacang soya terbaik di pasaran. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, jadi ESP juga amat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.



Ia selamat dan amat sesuai diambil sebagai diet harian, ibu hamil, ibu yang menyusu, ibu selepas bersalin, untuk proses menurunkan berat badan, warga emas, selepas pembedahan, pesakit diabetes, pesakit gastrik dan lain-lain.

Apa kebaikan ESP Shaklee? Klik "sini" untuk maklumat selanjutnya.......











No comments:

Post a Comment