Friday, November 7, 2014

Kempis Perut Dengan Shaklee

Pada asalnya niat amalkan suplimen adalah disebabkan selepas 6 bulan buat pembedahan apendiks, saya ke hospital untuk rawatan susulan buat ultrasound, doktor kata hati terlebih lemak atau disyaki ada "Fatty Liver" jadi doktor syorkan supaya saya amalkan suplimen untuk kawal lemak yang ada pada hati.

Produk yang mula-mula saya amal adalah ESP kebetulan masa tu ESP tengah promosi. Selepas 2 minggu mengamalkan ESP nampak hasil pada kulit saya tidak lagi kering walaupun lama dalam air-cond, yang paling bestnya seluar saya ada sedikit longgar, masa itu tidak tahu pun ESP ni juga membantu untuk proses sliming cuma ingat nak kurangkan masalah yang dikatakan "Fatty Liver" saja.

Dengan gaji yang kecil bila tengok pada harga produk pun agak runsing juga pada awalnya, selepas nampak hasil dengan ESP. Saya mula terngiang-ngiang dalam hati nak cuba pula produk lain yang boleh turunkan inci perut boroi saya yang banyak halangan untuk saya melakukan kerja harian.

Sebab ingin cuba, saya terus ambil keputusan untuk beli set kurus bajet yang mengandungi Alfalfa, Lecithin dan Herb Lax serta mengekalkan pengambilan ESP setiap hari. Pada peringkat awal, ada perasan beza dibahagian perut tetapi takut mungkin itu hanya khayalan sahaja nanti jadi obses pula dengan produk, kerana semangat untuk sihat jadi terus konsisten mengikut jadual pengambilan.

Lebih kurang dalam tempoh 2 bulan saya amalkan set kurus ini dengan tambahan ESP, antara kesan yang pada ketara ialah seluar yang dibeli masa nikah tahun 2013 yang hanya sempat pakai untuk 2-3 bulan selepas kahwin dah boleh kancing semula. 

Alhamdulillah rasa sangat best, sebab dengan mengamalkan set ini tidak ada pun saya berlapar, makan macam biasa cuma saya sendiri kurang kuantiti makanan sekadar untuk kenyang, kadang-kadang waktu malam lahap juga supper di kedai makan.

Hasil mengamalkan set kurus Shaklee lebih kurang dari bulan Mei 2014 sehingga kini, syukur kepada ALLAH, dengan izinNYA, perut boroi dah mengecil. Sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1435H baru ni, pergi beli tali pinggang ambil lah saiz yang biasa beli tu, tarik punya tarik, hairan kenapa panjang sangat ingatkan tali pinggang tu silap cetak saiz, cuba pula yang lain dengan saiz yang sama tapi panjang terlbih juga tak boeh nak klip.

Akhirnya sales girl suruh cuba kecil 1 saiz, cuba lah pakai tapi dalam hati kata "boleh ke aku nak pakai saiz yang kecil sikit ni?" sebab dah bertahun beli besar je, tak kan lah kali ini nak beli saiz yang kecil sikit. Barulah masa tu perasan hasil produk Shaklee berkesan pada saya.......

Sebelum ni, boleh kata tiap-tiap malam bangun terkejut sebab muntah, sampai badan pun rasa sangat lesu setiap hari. Mulanya ingatkan sebab makan lewat makanan tidak hadam tapi yang peliknya makan awal pun tengah malam bangun muntah. 

Kondisi ini berlaku sejak berat badan naik mendadak sejak 2012 bertambah lagi kilo selepas nikah. Alhamdulillah selepas mengamalkan produk Shaklee, tidak lagi jadi muntah tengah malam dan tidur pun lebih selesa, bangun pagi pun badan tidak lagi rasa lesu dan sakit-sakit.

Dikemas kini: 25hb November 2014 (12.56am)

Tips kempis perut peribadi saya:

1) Pilih dan amalkan produk suplimen yang SELAMAT, BEBAS KIMIA & SEMULAJADI

2) Susun semula jadual makan, ambil makanan yang berkhasiat. 

3) Paling utama MINUM AIR KOSONG yang kerap, minimum sehari 2-3 liter supaya mempunyai cecair yang cukup untuk proses nyahtoksin. (Ikut kiraan berat setiap 25kg=1 liter)

Teringin kempis perut, kurus, turun inci, turun kilo dengan sihat serta selamat? 

Jangan rasa segan untuk hubungi saya di talian 0175944911 atau boleh inbox saya di www.facebook.com/srliow atau www.facebook.com/NutritionStationInfo saya sedia membantu anda.




No comments:

Post a Comment