Thursday, November 13, 2014

Adakah Air Minuman Kita Bersih

Air merupakan keperluan harian kita terutama sebagai sumber minuman untuk kehidupan harian kita tetapi setakat mana kita tahu kualiti tentang air yang kita minum itu?

Adakah ia betul-betul bersih? 

Adakah ia bebas daripada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan?

Adakah ia bebas daripada logam berat?

Adakah ia bebas daripada pencemaran industri?

Adakah ia bebas daripada racun perosak?

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya ialah makan minum harian kita, maknanya ini termasuklah sumber air yang kita gunakan sebagai minuman. Air yang disalurkan kepada kita ini lihat secara mata kasar mungkin nampak bersih, tetapi kita tidak tahu setakat mana ia selamat untuk minum.

Sebenarnya bendasing ataupun bahan kimia seperti racun perosak, logam berat, bahan pencemaran industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air minuman yang kita minum setiap hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

Risiko dan kesan minum air tercemar:

-Pencemaran seperti bahan beracun dan berbahaya hasil produk sampingan (Trihalometana, Kloroform dan lain-lain) membawa kepada risiko kepada masalah hati, buah pinggang atau pusat kawal atur saraf.

*Trihalometana merupakan salah satu hasil sampingan daripada proses pengklorinan air di loji rawatan air.

*Kloroform (CHCl3) cecair yang tidak berwarna, bersifat racun, wapnya boleh mengganggu pernafasan, kloroform biasanya digunakan sebagai ubat bius dan pelarut.


-Logam berat seperti Plumbum akan menyebabkan tahap IQ rendah, lembap dalam pembelajaran dan mengganggu tumbesaran ataupun tumbesaran yang tidak sihat.

*Plumbum dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai timah hitam. Ia banyak kegunaaan/aplikasi dalam pembinaan bangunan, pembuatan bateri asid plumbum, peluru, bebola plumbum dan pemberat. Pengumpulannya di dalam tubuh badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam badan.



-Pencemaran pertanian seperti Benzena risikonya ialah menyebabkan masalah kesuburan.



*Benzena digunakan sebagai pelarut. Orang yang yang kerap terdedah kepada Benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut.


-Pencemaran industri seperti Atrazin membawa kepada meningkatnya risiko seperti kanser.

*Atrazin kebiasaannya digunakan sebagai racun rumpai.


Anda sedang mencari penapis air yang:
SELAMAT
JIMAT KOS
MUDAH ALIH
MESRA ALAM
??????


No comments:

Post a Comment