Apakah itu Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
· Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
· Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
· Minum alkohol berlebihan.
· Kecederaan kepada sendi.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Gout
· Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
· Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
Tujuan rawatan adalah untuk:
· Mengurangkan sakit sendi.
· Mengurangkan kekerapan serangan.
· Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
*Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
· Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
· Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.
PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT
· Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
· Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
· Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
· Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
· Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
· Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.
Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.
KUMPULAN MAKANAN
|
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
|
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
|
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
|
|
Makanan perlu dielak
|
Makanan diambil secara sederhana
|
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
|
Bijirin dan Produk Bijirin
|
|
Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
|
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
|
Buah-buahan
|
|
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
|
Semua jenis buah dan jus buah
|
Sayur-sayuran
|
|
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
|
Kebanyakan sayuran
|
Makanan Berprotein
|
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
|
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
|
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
|
Lemak dan Minyak
|
|
|
Semua jenis (ambil secara sederhana)
|
Sup
|
Ekstrak daging
|
Sup daging
|
Sup sayur
|
Lain-lain
|
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
|
|
Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.
|
Suplimen Shaklee yang sesuai untuk pesakit gout klik "SINI"